My top priority

My top priority
He who will never leave and never dies.
We don't have to work to impress God.
He knows who we are and accepts us with unconditional love.

Saturday, December 6, 2008

The first move


I feel tired.
I feel blank.

I feel a certain sort of lingo.

Like there is no road in front of me.

Why?

It's like a maze.
It's like a question.
It's like a thing call tomorrow.

I ask God always.
You can help me change.
And guess what He said.
You need to make the first move first.

And He was right.

Friday, December 5, 2008

Kenangan semalam-My university days project lol. The first few pages(Part 1)

Back in the UNIMAS days, I could not tolerate my study books. I distracted myself with other fancies. One of them include writing for a DBP contest which I never won.No matter, with a lot of talented writers around, one needs more opportunities to make it big. Anyway, in an attempt to showcase the writings of an amateur, I give you the first few pages of 8 years ago. lol, this should be antique.

Surat itu digenggam seerat-eratnya. Riak wajahnya sukar dibaca. Aku cuma membatu, membiarkan masa berlalu. Bunyi jam dinding sahaja yang memecahkan kesepian di ruang tamu itu. Senja kian menjelma. Namun, aku tidak mungkin berganjak selagi tidak menerima sebarang keputusan yang muktamad daripadanya.

"Tak mungkin!" tiba-tiba dirinya bersuara, langsung tidak menoleh ke arahku, membelakangi dirinya ke arah jendela. Aku cuba mengawal kemarahan yang meluap luap di jiwa. Hanya warkah itulah yang mampu meleraikan kebencian dan kesedihan yang selama ini bertakhta di jiwa. Penyesalan menyelubungi diriku lantaran jejakan kakiku di mahligai impian insan yang pernah kugelar sahabat.

"Kau ni, syaitan bertopengkan manusia! Sampai hati kaulupakan segala-galanya," sergahku kepadanya, membuka pekung di dada."Tidak berhati perut langsung!"

"Hei, siapa kamu?Siapa ni, bang?" muncul seorang wanita, meluru ke arah kami. Kami saling berpandangan. Aku tersentak. Kejelitaan si isteri tidak mampu menyembunyikan kejahilan seorang suami. Sepantas kilat, aku mengambil tas tanganku, ingin meminta diri.

"Nanti dulu," suaranya menghentikan langkahku.

"Tak payah. Aku sudah sedia maklum akan jawapanmu. Goodbye." Tidak kupedulikan lagi apa yang bakal terjadi, jesturu beredar dari perkarangan rumah, berat hati. Air mataku menitis tanpa kusedari. Biarlah. Air mataku tidak seberapa, terlerai mengenangkan dua insan yang sepatutnya gembira; namun, penderitaan sahajalah yang bertandang.

Alexis, kaulah yang memutuskan segala ikatan antara kita.

Fikiranku menerawang jauh, seiring dengan suara lunak 'Destiny's Child 'Emotion' yang berkumandang dalam kereta.

Bak kata orang, alam menara gading penuh dengan pancaroba, satu peluang keemasan untuk menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman. Universiti Malaysia Sarawak... universiti yang menerimaky dengan tangan terbuka dan menjadikanku insan yang berguna. Sememangnya masih jelas dalam ingatan hari pendaftaran pertama.... hai begitu lama rasanya.

Selesainya majlis aluan pelajar baru, aku memaksa diriku memunggah beg galasku yang tidak mampu kusandang di bahu. Beg galasku yang biru lusuh ditelan zaman itu dapat memuatkan hampir separuh daripada benda benda yang kuangkut dari rumah, walaupun berkapasiti kecil. Kelesuan hampir mencengkam seluruh badanku namun kugagahkan semangatku. Semangat berkobar-kobar perlu untuk mengharungi liku liku yang bakal menguji kesabaran.

Mataku meliar memandang sekeliling. Seorang pun tidak kukenal. Biasalah tu, kalau di tempat baru, biarpun di negeri sendiri. Terasa rindu pula terhadap keluarga dan rumah yang kutinggalkan demi menimba ilmu dunia. Aku tetap bersyukur kerana berpeluang balik setiap hujung minggu.

Aku berhenti di hadapan tanda Blok A dan meneliti senarai nama yang terpampang di papan notis. Aku menelan air liur. Tingkat teratas? Amboi, kuruslah aku kalau hari-hari memanjat tangga. Aku bergegas ke tingkat teratas, terus merempuh bilik tanpa mengetuk. Terlupa pula penghuni yang seorang lagi. Aku cuma tersengih memandangnya tengah khusyuk belajar.

"Hai, nama kamek Adeline. Kitak? Maaf, ingatkan sik ada orang tadi tek," aku memperkenalkan diri dalam bahasa tempatan, sambil menghulurkan tanganku. Teman sebilikku tersenyum dan menyambut tanganku, kuat. Begitulah mulanya detik persahabatan sejatiku dengan seorang yang telah mengubah kehidupanku.
_________________________________________________________________

"Alamak, habislah kali ini,"aku menggerutu dan terus melabuhkan diri di atas katilku. Geram bercampur-adukkan sedih mengkalutkan lagi fikiranku yang sesungguhnya tidak tenang. Pandanganku beralih ke siling.

"Eh apa hal ni?" tiba tiba teman bilikku bersuara. Sudah hampir satu semester sudah berlalu, dan teman sebilikku yang lebih gemar berbahasa melayu semenanjung denganku itu mengalih perhatiannya dari buku "Management" yang dibacanya sejak semalam ke arahku.

"Tak de lah apa apa. La, aku tak nak la balik rumah jumaat ni," aku membuat keputusan.

"Hei kenapa ngan kau ni, gila ke?" bentak Sarah.

"Aku dah malu sangat ni. Nak taruh muka kat mana agaknya?" aku tersengih walaupun pada hakikatnya diri ini ingin menangis. Sarah mengerutkan dahinya, tidak faham.

"Ni ha. Cuba kau tengok,"terangku lalu menyerahkan slip keputusan ujian 1 yang baru kuterima. Sarah menepuk-nepuk bahuku.
"Aku dah cuba. Study memang aku study tapi....."
"Memanglah kau study. Tapi.." sampuk Sarah. "Tak cukup. Dahla last minute lagi."
Sarah yang selalu mengecapi Anugerah Dekan setiap semester. Aku mengeluh.
"Tu lah pasal. Hai, pembahagian masaku teruk kan?" tanyaku. Sebak rasanya menghampakan diri sendiri. Sarah menggeleng-geleng.

"Kau tu, study hard, bukannya study smart," jelasnya lagi. Janganlah bersedih. Cuba lagi, jangan putus asa," Sarah cuba memberi semangat. Aku diam. Kalaulah aku berupaya mengharungi cabaran ini.

"Cam nilah. Kita sama sama buat perbincangan di perpustakaan. Rajin rajinla pergi yer.. Kalau memerukkan diri dalam hostel pun bukannya study, tidur membongkang," usik Sarah, namun dengan niat yang baik. Aku tersenyum. Padan mukaku.

"Itulah kau. Insaflah. Kau pasti berjaya nanti. Percayalah," Sarah memujukku. "Habis kau balik tak ke rumah hari Jumaat?"

Aku mengambil masa yang lama sebelum mengganguk. Keberanian ini hanyalah sementara. 3 tahun lagi untuk menamatkan pengajian. Oh Tuhan, tabahkanlah hati insan-Mu ini yang lemah.

Sunday, November 30, 2008

Thursday's terror

Terror attacks in Mumbai (AP) Three days of terror The timeline of the carnage in Mumbai, which killed at least 195 people.

I am overwhelmed by terror of the massacre of Mumbai. Hundred plus people have died, bloodshed everywhere. I knew it beforehand from the internet and it has rendered me into silence. I will not attempt to insert pictures either.

Innocent lives in a split second, banished from the face of the earth. I put myself in their shoes,
their circumstances that day.

I began to question God. Why does He not see?
Where is He?

Pain.
Anguish.
The world is never free from these.

This is not the end. Let us pray that we are prepared for the battle.
Nothing is predictable.

What a week



Let's just say I am coping with life at the moment, hence less blog these days.

The truest warrior in life can be full of flaw. It makes them human. I hope I belong to that category.

To forget what bothers me somewhat, I give you two pictures of someone I used to like.lol.


Okay, I know it's kind of silly but I like his pose.

I wish I have that confidence.
They always look like they have everything going on for them, these beautiful people.
All the 5Cs.

But are they really happy?

Only God knows.
I envy them but I don't think it's fair when I know very little of their world.